logo



Tradisi Berserban Di Dalam Islam
Translated by Rozan Yunos

The Turban Tradition in Islam by GF Haddad

ALLAHUMMA salli ʿala sahibi al-taj, merupakan satu doa bangsa Yemen "Tuhan kami, berikan rahmat kepada Pemakai Mahkota!" ʿMahkota' yang dimaksudkan adalah serban, dan pemakainya ialah Nabi Muhammad, Sallallahu Alaihi Wassalam.

Imama atau serban adalah merupakan salah satu sunnah yang paling nyata – ʿcara kehidupan' orang Islam semenjak bermulanya Ugama itu. ʿAbd Allah ibn ʿUmar berkata: "Rasul selalunya melilit serban di keliling kepalanya dan memasukkannya di belakangnya, membiarkan lebihannya turun ke bawah di antara bahu beliau."

Serban sudah dipakai sebelum munculnya Islam dan menandakan maruah seseorang. Satu peribahasa Arab, "Serban merupakan mahkota orang-orang Arab." Ini boleh diertikan bahawa orang-orang Arab keberatan menerima pemerintahan seseorang raja, dan mereka tidak mempunyai mahkota lain selain daripada serban mereka.

Cara orang-orang Islam awal yang memakai serban ialah dengan menggunakan dua helai kain kepala: satu dipanggil ʿqalansuwa' ataupun topi yang tidak mempunyai tepi dan tidak menentu tebalnya dan yang satu ialah ʿimama' iaitu kain serban yang dililitkan di qalansuwa tadi. Abu Dawud pernah menyatakan di dalam satu sunah Rasulullah bahawa "perbezaan di antara kita dengan orang-orang yang jahililah ialah kita memakai imama di atas qalansuwa." Dari itu pemakaian satu sahaja daripada keduanya adalah merupakan amalan asing.

Jenis kain serban yang terbaik ialah kain putih muslin, satu kain kapas yang sangat halus. Saya tidak pernah terlihatnya di Negara Brunei Darussalam tetapi ianya mungkin boleh diimpot dengan senangnya daripada India. Warna dan panjangnya kain serban ini tidak menentu. Di dalam bab-bab di dalam beberapa buku mengenai dengan serban Rasulullah, ciri-ciri kerasulan dikenali sebagai Syama'il, penulis- penulis pernah menyatakan kepanjangannya adalah di antara tujuh hingga sepuluh ela panjangnya. Walau bagaimanapun, sekiranya, kain serban boleh dililitkan sekali adalah panjang yang memadai, tetapi banyak Sheikh-Sheikh yang termasyur di zaman silam menggunakan serban yang besar dan berat yang melebihi panjang sepuluh ela.

Kesemua Imam-Imam pengasas ke empat Mazhab Ahl Al-Sunnah wal-Jama'ah memakai serban. Di dalam buku-buku biografi Mazhab Hanafi, Imam Abu Hanifah - terkenal dengan keupayaan minda menganalisa - al-Suyuti dan al-Haytami menceritakan bahawa beliau mempunyai tujuh serban, satu untuk setiap hari bagi seminggu.

Pengikut Mazhab Hanafi, khususnya di Benua India dan orang-orang Islam Asia daripada bangsa China hingga ke bangsa Turki, adalah sangat mematuhi keperluan sembahyang dengan bertutup kepala. Satu daripada buku undang-undang menurut ke empat Mahzab Sunni menyatakan, "menurut Mazhab Hanafi, ianya adalah sesuatu yang sangat tidak menyenangkan bersembahyang tidak bertutup kepala kerana kemalasan. Tetapi sembahyang tidak bertutup kepala kerana merendah diri dan ingin menyerahkan diri adalah dibolehkan."

kor8b
Pengasas Mazhab Maliki – yang pada masa ini mempengaruhi kebanyakan kawasan Afrika – Imam Malik ibn Anas selalu memakai pakaian yang cantik khususnya berwarna putih, dan ia "melilitkan serban di bawah dagu beliau (dikenali sebagai tahaunnuk), membiarkan lilitan itu menurun panjang di belakangnya dan ia menggunakan bauan kasturi dan wangian yang lain" kata salah seorang penuntutnya.

Malik menekankan bahawa pemakaian serban, adalah khusus bagi mereka yang terpelajar. "Serban sepatutnya tidak ditinggalkan," ia berkata. "Saya memakai serban tanpa sebarang rambut di muka saya. Apabila saya meminta izin ibu saya untuk mengamalkan kehidupan sebagai seorang pelajar beliau berkata: ʿpertama sekali, pakailah pakaian seorang yang terpelajar'; beliau membawa saya dan memakaikan saya dengan pakaian pendek musharmmara, meletakan satu penutup kepal di atas kepala saya dan melilitkan serban di kelilingnya dan beliau berkata, ʿSekarang pergilah dan pelajari Ilmu Sains.' "

"Saya ternampak lebih 30 orang memakai serban di kalangan guru Rabi'a saya. Beliau selalunya tidak melepaskannya sehingga akhir malam dan selalunya berkata: ʿSaya percaya ia mempertingkatkan kecerdasan pemikiran!' "

Tidak menutup kepala dalam Islam adalah dianggap tanda seseorang yang mempunyai kedudukan rendah dan dinyatakan di dalam beberapa buku diantara ʿtindakan-tindakan yang menunjukan kekurangan (khawarim al- muru'a).' Seseorang sarjana bercerita semasa beliau masih muda, bahawa pada satu hari, beliau masuk ke masjid di Medinah tanpa memakai sebarang penutup kepala dan ayahnya memarahi beliau. "Berani kamu masuk masjid tanpa sebarang penutup kepala?"

Ianya merupakan persoalan yang berlainan, jika sekiranya perkara yang sama dibuat kerana merendah diri, sepertimana jua satu soalan yang pernah ditanyakan kepada seorang pemerintah berkuasa semasa abad ke lapan di Syria: "Bolehkan jika orang ramai berkumpul di masjid, berzikir, membaca Al-Quran, sujud kepada Allah dan menurunkan serban daripada kepala mereka, menangis, selagi tujuan adalah bukan untuk berbangga atau menunjuk-nujuk tetapi kerana ingin hamper kepada Tuhan? " ia menjawab ya.

Shaykh 'Ali al-Hajjar yang buta huruf telah dikenali sebagai ʿorang alim tidak bertutup kepala' tetapi seorang lagi bangsa Mesir, Ibn Daqiq al-'Id berkata: "Apa yang dibawa di atas kepala tidak sepatutnya diletakan di bawah" - iaitu, bukan di di atas lantai.

Imam Muhammad ibn Idris al-Shafi'i, pengasas Mazhab yang menggunakan namanya dan banyak mempengaruhi sebahagian besar kawasan Timur Tengah dan keseluruhan kawasan Asia Tenggara, "juga sangat cermat di dalam pakaiannya dan menggunakan kain linin yang nipis dan kain kapas Bahgdad. Beliau kadang-kadang memakai penutup kepala yang tidak begitu tinggi tetapi ia kerap kali memakai serban", kata salah seorang daripada anak muridnya. "Saya hitung beliau terdapat lebih kurang tiga ratus helai serban yang nampak dilihat."

Seseorang lain pernah berkata: "Al-Shafi'i selalu menggunakan serban besar, seperti ianya seorang Arab dari padang pasir." Beliau dan anak muridnya, Imam Mazhab Hambali, Ahmad ibn Hanbal, melilitkan serban itu di bawah dagu mereka seperti cara bangsa Tourareg di Utara Afrika dan sebagaimana jua yang diamalkan oleh ramai bangsa Sudan sehingga hari ini.

Begitulah agungnya serban sehingga diceritakan bahawa malaikat- malaikat juga memakainya. Daripada satu surah Al-Quran, "… nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing- masing …." (Surah Ali ʿImran, ayat 125), Ibn ʿAbbas, seorang penganalisa Islam awal yang termasyur berkata: "Tandanya adalah mereka memakai serban."



Text in English:
The turban tradition in Islam

next page



 

vs.1.1


home

latest update: 2016-10-30

2007-07-31





* living Islam – Islamic Tradition *
https://www.livingislam.org